Thursday 26 January 2012

Pembentangan Cadangan Membina Pusat Jagaan Psikiatri di Lembah Kelang


31 Januari 2012- Advanced Community Care Link Sdn. Bhd. (ACCL) telah mengadakan pembentangan cadangannya bagi membina Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri di Lembah Kelang yang akan menempatkan seramai 100 orang pesakit mental. Pembentangan ini telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian WTK pada jam 10 pagi di mana ia telah turut dihadiri oleh wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Rumah Jagaan ini telah menawarkan penempatan dan perkhidmatan penjagaan serta rehabilitasi kepada pesakit mental terutama yang tidak mempunyai keluarga setelah didiscaj dari hospital.

Mesyuarat Bagi Penubuhan Anjung Singgah di Sarawak

26 Januari 2012- Mesyuarat tersebut diadakan di Sarawak pada jam 8.30 pagi. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JKMN Sarawak. Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Sarawak iaitu YB Datuk Hajjah Fatimah binti Abdullah turut hadir pada sesi petang bagi membuat rumusan hasil mesyuarat tersebut. JKMM diwakili oleh Pengarah Bahagian WTK (Encik Roslan bin Baba), Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan (Encik Mohd Fazari bin Mohd Salleh) dan beberapa pegawai kanan Bahagian WTK. Bahagian WTK menyampaikan taklimat berkenaan Dasar Warga Emas Negara (DWEN). Turut hadir juga ialah Ketua Eksekutif YKN iaitu Dato' Sayed Abd Rahman bin Sayed Mohd yang turut memberi taklimat berkaitan Anjung Singgah.

Tuesday 24 January 2012

Perbincangan Bersama Persatuan Kebajikan USIAMAS Malaysia


17 Januari 2012- Bahagian WTK telah mengadakan perbincangan bersama Persatuan Kebajikan USIAMAS Malaysia bagi perancangan dan pelaksanaan serta perluasan program Home Help di Malaysia pada tahun ini. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian WTK iaitu Encik Roslan bin Baba. Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Presiden Persatuan USIAMAS Malaysia iaitu Puan Jayalatchumy a/p Cumaraswamy, Naib Presidennya Datin Hajjah Norshidah binti Mohd Amin dan beberapa Ahli Jawatankuasanya.

Mesyuarat Bahagian WTK Bil 1 / 2012

17 Januari 2012- Mesyuarat  diadakan buat kali pertama bagi tahun 2012 dimana ia dipengerusikan kali pertama oleh Pengarah baru WTK iaitu Encik Roslan bin Baba. Mesyuarat membincangkan berkaitan pengurusan dan pentadbiran serta halatuju Bahagian WTK bagi tahun 2012.

Mesyuarat Penyelarasan Tugas di Anjung Singgah


10 Januari 2012- Mesyuarat Penyelarasan Tugas di Anjung Singgah telah diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian WTK, Aras 11, JKMM Putrajaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah WTK iaitu Encik Roslan bin Baba. Mesyuarat membincangkan mengenai penyelarasan semula tugas JKM bersama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Anjung Singgah. Mesyuarat turut dihadiri oleh Puan Nor Dina (Wakil YKN), Encik Mad Daros (JKMWPKL), Encik Aqlam (JKM Selangor).  

Mesyuarat Persediaan Bagi Program 'TIADA PEMBERI, TIADA PENGEMIS 2012.

05 Januari 2012- Mesyuarat Persediaan Bagi Pelaksanaan Program 'TIADA PEMBERI, TIADA PENGEMIS' telah  diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian WTK (Kekwa), Aras 11, JKMM (Putrajaya) dimana ia dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) iaitu Cik Norani binti Hj Mohd Hashim. Program ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL).