Tuesday 27 March 2012

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras & Penasihat Program 'Home Help' Bil 1/2012


26 Mac 2012- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan  Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras & Penasihat Program 'Home Help' Bil 1/2012 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Aras 11, KPWKM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JKM iaitu Tuan Haji Hadzir bin Md Zain. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan),Wakil Bahagian Dasar KPWKM, Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Gerontologi Malaysia (GeM), MPKSM, Persatuan USIAMAS, MAKPEM, PBSM, JKMN Selangor dan JKMN Negeri Sembilan.

Thursday 8 March 2012

Taklimat/Perbincangan Bahagian WTK Bersama Wakil JICA Dari Jepun


08 Mac 2012- Bahagian WTK JKM telah mengadakan taklimat serta perbincangan bersama wakil JICA dari Jepun berkaitan Kajian Polisi Kebajikan Sosial dan Perlindungan Sosial di Malaysia. Taklimat disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah WTK iaitu Puan Noraziah binti Chemok Ali. Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan WTK iaitu Puan Ruhaini binti Hj Zawawi dan Puan Mazura binti Ngah Abdul Manan. Manakala JICA diwakili oleh Encik Reisuke Iwana dan Cik Suie Morishita. Di antara perkara dibincangkan adalah berkaitan Skim dan program untuk warga emas,jenis kemudahan serta fungsinya bagi tempoh jangka panjang dan kerjasama dengan organisasi antarabangsa serta perkara berkaitan pengurusan warga emas di Malaysia.

Tuesday 6 March 2012

PROGRAM KARISMA NGO BERSAMA PERDANA MENTERI MALAYSIA


04 Mac 2012- KPWKM telah mengadakan Program Karisma NGO bersama Perdana Menteri Malaysia bertempat di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Program dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia (Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak). Seramai 5 orang pegawai Bahagian WTK terlibat sebagai Urusetia di dalam program tersebut. Pelbagai pengisian yang diselitkan seperti program beramah mesra bersama NGO, Pendaftaran dan Dokumentasi NGO, Latihan dan Pembangunan Kapasiti NGO, Matching Activities, Pendaftaran Permohonan Geran, Pendaftaran Sukarelawan, Klinik NGO dan lain lain.

Bengkel 'Working Together Document' Bagi Akta Keganasan Rumah Tangga 1994


28 Februari 2012- Bahagian WTK menganjurkan Bengkel Pemurnian 'Working Together Document' bagi Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) selama satu hari (8.30 pagi- 5.00 ptg)bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Aras 11, Bahagian WTK JKMM. Antara yang hadir ialah wakil Bahagian Dasar KPWKM, PUU KPWKM, Wakil Mahkamah Persekutuan Malaysia, Wakil LPPKN, Wakil JPW, Wakil PDRM, JAKIM, Wakil Bahagian JKMM dan PKMD berkaitan. Bengkel ini bertujuan menyemak dan mengemaskini dokumen kerjasama antara agensi bagi pengurusan Akta Keganasan Rumah Tangga.