Thursday 19 July 2012

Mesyuarat Penubuhan RSK Komuniti di JKMN Johor


18 Julai 2012 (Rabu)- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Mesyuarat Bagi Penubuhan RSK Komuniti di JKMN Johor yang dipengerusikan bersama oleh Pengarah WTK dan Pengarah JKMN Johor. Penubuhan RSK Komuniti di Negeri Johor ini akan menjadi program perintis RSK Komuniti pada tahun ini sebelum ianya dilaksanakan di Negeri-Negeri lain dalam tempoh RMK-10. Ia akan diwujudkan di Daerah Kempas berdekatan Asrama Akhlak Kempas, Johor yang akan diuruskan oleh Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang dipilih dan akan diselia oleh PKMD Johor Bahru kelak. Turut juga diadakan lawatan tapak bagi cadangan tempat penubuhan RSK Komuniti nanti.

Perbincangan Bersama PEMANDU, Jabatan Perdana Menteri (JPM)


12 Julai 2012(Khamis)-Bahagian WTK telah mengadakan perbincangan bersama Performance Management And Delivery Unit (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri berkaitan Pengurusan Warga Emas di institusi WTK dan perkara berkaitan warga emas.Perbincangan ini dipengerusikan oleh Pengarah WTK (Encik Roslan Baba). Manakala wakil PEMANDU yang hadir ialah Encik Fabian Bigar (Associate Director, NKEA) dan Cik Sharifah Diana Shima Syed Badrol (Analyst, NKEA).

Thursday 5 July 2012

Lawatan Kerja Ke Institusi JKMM


5 Julai 2012- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan lawatan kerja ke 3 buah institusi bersama wakil Kementerian Kesihatan, Jabatan OKU, Malaysian Mental Health Association (MMHA) dan Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia. Lawatan ke Desa Bina Diri Jerantut (27 Jun 2012), Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu (3 Julai 2012) dan Rumah Seri Kenangan Seremban (5 Julai 2012) adalah bertujuan untuk menganalisis atau memantau situasi bagi cadangan penjagaan pesakit mental oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).  Bahagian WTK diwakili oleh Encik Roslan bin Baba (Pengarah WTK), Puan Mazura Ngah Abdul Manan (KPPK WTK) dan Cik Jaidah Marbawi (PPK WTK).

Monday 2 July 2012

Mesyuarat Biro Pembangunan Sosial di Bawah JKKSR 2012


28 Jun 2012- Bahagian WTK telah mengadakan mesyuarat Biro Pembangunan Sosial di Bawah Jawatan Kuasa Kecil Sosial dan Rekreasi (JKKSR) pada jam 2.30 petang dan bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Bahagian WTK di mana ia dipengerusikan oleh Pengarah WTK iaitu Encik Roslan bin Baba. Mesyuarat ini membincangkan mengenai perkembangan Biro ini serta perancangan program-program yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Turut hadir ke mesyuarat ini ialah Wakil-wakil dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, DBKL, Institut Gerontologi UPM, Persatuan USIAMAS, PRO JKM serta wakil dari Bahagian-Bahagian JKMM.

Perbincangan Pemurnian Sambutan Hari Warga Emas 2012

28 Jun 2012- Bahagian WTK telah mengadakan Perbincangan Dalaman Bahagian WTK iaitu Perbincangan Pemurnian Kertas Cadangan Program Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan Tahun 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Aras 11, Bahagian WTK JKMM.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah WTK iaitu Encik Roslan bin Baba. Mesyuarat ini membincangkan mengenai Post-Mortem Sambutan Hari Warga Emas Tahun lepas (2011) dan perancangan serta persediaan bagi mengadakan Program Sambutan Hari Warga Emas pada tahun ini.

Kursus Pengurusan Desa Bina Diri di Miri, Sarawak


11 Jun 2012- Bahagian WTK JKMM dengan kerjasama JKMN Sarawak telah mengadakan Kursus Pengurusan Desa Bina Diri (DBD) di Bawah Akta Orang-Orang Papa 1977 selama 4 hari (11hb-14hb Jun 2012)bertempat di Sekolah Tunas Bakti (Perempuan) Miri Sarawak. Seramai 32 orang peserta yang mengikuti kursus ini yang terdiri dari kakitangan JKMN, PKMB Miri, STB (P) Miri, RSK Sibu dan RSK Kuching. Kursus ini diadakan sebagai persediaan awal kepada kakitangan JKMN Sarawak, khususnya kakitangan STB(P) Miri  kerana institusi ini akan bertukar skop menjadi DBD Miri kelak. Penceramah jemputan ialah Encik Shahrin Nizar Azudin (Penguasa RSK Bedong, Kedah) dan Encik Zamzuri bin Mohamed (Penolong Pengarah JKMN Melaka).