Sunday 12 August 2012

Mesyuarat Bagi Persiapan Sambutan Hari Warga Emas 2012

06 Ogos 2012- Mesyuarat Sempena Bulan Sambutan Hari Warga Emas 2012 telah diadakan yang melibatkan penyelaras-penyelaras WTK Negeri bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Bahagian WTK JKMM. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian iaitu Encik Roslan bin Baba. Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Noor Chik (Pengarah JKMN Kelantan). Mesyuarat membincangkan mengenai perancangan aktiviti/program yang dicadangkan bersempena Bulan Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan pada tahun ini termasuk sambutan di peringkat negeri.

Wednesday 8 August 2012

Program Singgah Sahur TV3 di RSK Kangar


01 Ogos 2012- Sistem Televisyen TV3 telah mengadakan Program Singgah Sahur 2012 bertempat di Rumah Seri Kenangan (RSK) Kangar, Perlis. Program tersebut bermula pada jam 3.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 pagi. Di samping aktiviti bersahur bersama warga emas, juga diselitkan aktiviti sambutan Harijadi warga emas serta beramah mesra selebriti TV3 bersama warga emas RSK Kangar dan juga penyampaian cenderahati TV3 kepada warga emas.Pengarah Bahagian WTK JKMM(Encik Roslan Baba) turut hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Taklimat DWEN di Negeri Perak

31 Julai 2012- Bahagian WTK JKMM telah hadir ke Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Perak bagi memberikan Taklimat berkenaan Dasar Warga Emas Negara (DWEN). Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak. Taklimat DWEN disampaikan oleh Pn Noraziah Chemok Ali (Ketua Penolong Pengarah WTK JKMM).