Wednesday 13 February 2013

BENGKEL PENYEDIAAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DWEN


5 Februari 2013- Bengkel Penyediaan Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) telah diadakan di mana ia telah dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian WTK (Encik Roslan bin Baba). Bengkel ini diadakan bertujuan bagi menyediakan garis panduan bagi pelaksanaan DWEN di peringkat negeri dan daerah. PKMD serta Penyelaras WTK Negeri telah dijemput hadir ke bengkel ini bagi memantapkan Garis Panduan DWEN tersebut. Turut hadir wakil Bahagian Dasar KPWKM.

MESYUARAT MEMBINCANGKAN INDEKS KESEJAHTERAAN WARGA EMAS


22 januari 2013- Mesyuarat Membincangkan Indeks Kesejahteraan Warga Emas : Penanda Aras Pencapaian Dasar Warga Emas telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Kekwa, Aras 11, Bahagian WTK, JKMM. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JKM iaitu Encik Sharudin bin Shar Kashim. Mesyuarat diadakan bertujuan membincangkan mengenai Indeks Kesejahteraan Warga Emas di Malaysia. Mesyuarat turut dihadiri Pengarah WTK (Encik Roslan bin Baba), Dr. Tengku Aizan (Institut Gerontologi), Wakil Bahagian Dasar KPWKM, Wakil Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, Wakil LPPKN, Wakil ISM serta wakil Bahagian JKM yang lain.

BENGKEL PEMURNIAN RANG UNDANG-UNDANG AOP PINDAAN 2008


21 Januari 2013 - Bengkel Pemurnian Rang Undang-Undang Akta Orang-Orang Papa Pindaan 2008 telah diadakan bertempat di Aras 11, Bahagian WTK, JKMM. Bengkel ini dipengerusikan oleh Encik Sharudin bin Shar Kashim (Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JKM). Bengkel ini bertujuan memurnikan semula Rang Undang-Undang Pindaan 2008. Bengkel turut dihadiri pengarah WTK, Penasihat Undang-Undang JKM dan KPWKM serta wakil Bahagian2 JKM.