Tuesday 18 June 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Sosial dan Rekreasi (JKKSR) Bil. 1/2013


17 Jun 2013- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Sosial dan Rekreasi (JKKSR) Bil. 1/2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Melur, Aras 17, JKMM di mana mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), JKM iaitu Encik Sharudin bin Shar Kashim. Ahli mesyuarat turut terdiri dari kementerian, jabatan dan agensi luar serta Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) di bawah naungan JKM. Mesyuarat yang diadakan 2 kali setahun ini membincangkan mengenai perancangan dan pelaksanaan program bagi tahun 2013 yang melibatkan 3 biro di bawahnya iaitu Biro Pembangunan Sosial (Dipengerusikan oleh JKM), Biro Penerangan (Dipengerusikan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan Biro Sukan (Dipengerusikan oleh Kementerian Belia dan Sukan).

Thursday 6 June 2013

Bengkel Garis Panduan Pengurusan Kes di Tempat Selamat Di Bawah AKRT 1994


4 Jun 2013- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Bengkel Garis Panduan Pengurusan Kes di Tempat Selamat di Bawah Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 1994 selama 3 hari ( 4 - 6 Jun 2013) bertempat di Ancasa AllSuites & SPA, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel tersebut dirasmikan oleh Pengarah Bahagian WTK JKMM (Encik Roslan bin Baba). Bengkel ini diadakan bertujuan memantapkan lagi Sistem Pengurusan Tempat Selamat di Institusi JKM yang terlibat seperti Rumah Seri Kenangan, Taman Sinar Harapan, Kompleks Penyayang Bakti, Bengkel Pemulihan, Bengkel Daya, Asrama Akhlak, Desa Bina Diri dan Rumah Ehsan.

Monday 3 June 2013

Bengkel Garis Panduan Pengurusan Badan Pendamai Di Bawah AKRT 1994



15 Mei 2013- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Bengkel Garis Panduan Pengurusan Badan Pendamai Di Bawah Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 1994 selama tiga hari (15 - 17 Mei 2013) bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Peserta terdiri dari PKMD terpilih yang bersama-sama membantu memantapkan Garis Panduan Pengurusan Badan Pendamai AKRT 1994 sedia ada. Turut hadir wakil KPWKM ke Bengkel tersebut.

Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara (DWEN)



8 Mei 2013- Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara telah diadakan selama 3 hari (8 - 10 Mei 2013) bertempat di Hotel Heritage, Cameron Highland. Peserta bengkel tersebut terdiri dari penyelaras WTK Negeri serta Wakil agensi luar seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Korporat (KPKK), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan MOSTI. Bengkel ini dirasmikan oleh Encik Roslan bin Baba (Pengarah Bahagian WTK JKMM). Bengkel ini bertujuan menambahbaik Garis Panduan DWEN tersebut untuk digunakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas di peringkat Negeri dan Daerah kelak.

Mesyuarat Biro Pembangunan Sosial Di Bawah JKKSR


22 Mac 2013- Bahagian WTK telah mengadakan Mesyuarat Biro Pembangunan Sosial di Bawah Jawatankuasa Kecil Sosial dan Rekreasi (JKKSR). Biro ini merupakan salah satu biro dari tiga biro yang berada di bawah JKKSR iaitu Biro Pembangunan Sosial, Biro Sukan dan Rekreasi serta Biro Penerangan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah WTK JKMM. Antara ahli mesyuarat yang hadir ialah Wakil KPWKM, Wakil Bahagian2 JKMM, Wakil JKMWPKL, Wakil Institut Gerontologi UPM, Persatuan Gerontologi, MPKSM dan lain-lain. Mesyuarat membincangan pelaksanaan program-program bagi tahun 2012 serta perancangan program bagi tahun 2013.

Bengkel Penambahbaikan dan Pemurnian Borang-Borang Di Bawah Peraturan-Peraturan Keganasan Rumah Tangga(Borang-BorangDitetapkan) 1999

11 April 2013- Bahagian WTK telah mengadakan Bengkel Penambahbaikan dan Pemurnian Borang-Borang Di Bawah Peraturan-Peraturan Keganasan Rumah Tangga(Borang-BorangDitetapkan) 1999  bertempat di Aras 11, Bahagian WTK JKMM. Bengkel ini diadakan bagi memurnikan borang-borang sedia ada bagi memantapkan lagi maklumat di dalam borang tersebut. Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Penasihat Undang-Undang KPWKM iaitu Puan Natasha Abdul Azis.

Mesyuarat Penyelaras WTK Negeri Dan Ketua Institusi WTK Bil. 1/ 2013

20 Mac 2013- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Mesyuarat Penyelaras WTK Negeri dan Ketua Institusi WTK selama 2 hari (20 - 21 Mac 2013) bertempat di Bilik Mesyuarat Kekwa, Aras 11, JKMM dimana ia dihadiri oleh semua penyelaras WTK Negeri dan Ketua Institusi WTK. Mesyuarat membincangkan mengenai perancangan dan pelaksanaan program bagi tahun 2013. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian WTK iaitu Encik Roslan bin Baba. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan mengenai peruntukan kewangan bagi tahun 2013.

Mesyuarat Penyelaras Daerah PAWE dan Penyelia PAWE Bil1/2013

19 Mac 2013- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Mesyuarat Penyelaras Daerah PAWE dan Penyelia PAWE Bil1/2013 bertempat di Aras 11, Bahagian WTK, JKMM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Roslan bin Baba (Pengarah Bahagian WTK JKMM). 

Mesyuarat Pengurusan Tempat Selamat Di Bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994


5 Mac 2013- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Tempat Selamat Di Bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bertempat di Bilik Mesyuarat Kekwa, Aras 11, JKMM. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JKMM iaitu Encik Sharudin bin Shar Kashim. Mesyuarat ini bertujuan memantapkan lagi sistem pengurusan tempat selamat di institusi JKM yang terlibat.

Sunday 2 June 2013

Kursus Pengurusan Kes Orang Papa Ke Institusi WTK


25hb Februari 2013- Bahagian WTK JKMM dengan kerjasama JKMN Sabah telah mengadakan Kursus Pengurusan Kemasukan Kes Orang Papa Ke Institusi WTK selama 3 hari (25 - 27 Feb 2013)dimana seramai 40 orang kakitangan JKMN Sabah yang melibatkan kakitangan JKMN, PKMB dan Institusi DBD terlibat dalam kursus tersebut. Ia bertujuan memberi pendedahan serta pengetahuan kepada kakitangan JKMN Sabah di dalam menguruskan kes orang papa atau pengemis yang diselamatkan dalam operasi kelak. Perasmian penutup kursus ini dirasmikan oleh Encik Said bin Sidup (Timbalan Pengarah JKMN Sabah).