Wednesday 24 July 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2013


24 Julai 2013- Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2013 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Kekwa, Aras 11, JKMM Putrajaya di mana ia dipengerusikan oleh Encik Sharudin bin Shar Kashim (Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JKMM). Mesyuarat membincangkan mengenai perancangan serta persediaan awal bagi pelaksanaan Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2013. Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan pada tahun ini akan diadakan bertempat di Pahang.

Wednesday 10 July 2013

Perbincangan Penyelarasan Penempatan Warga Emas di PPR Wahyu, Kuala Lumpur


9 Julai 2013- Bahagian WTK telah mengadakan Perbincangan Penyelarasan Penempatan Warga Emas di PPR Wahyu, Kuala Lumpur. Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan pengwujudan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)  serta 5 unit Rumah Berkediaman (RSK Komuniti) untuk warga emas. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Encik Roslan Baba (Pengarah WTK). Perbincangan ini melibatkan Bahagian WTK, Bahagian Perancangan & Pembangunan JKM, Bahagian Pembangunan Komuniti JKM serta wakil pengarah JKM WPKL (Encik Tarmizi Ali Razak). Cadangan pelaksanaannya berasaskan National Blue Ocean Strategy (NBOS) dalaman bersama JPOKU terutama dari aspek peruntukan kewangan amatlah baik di dalam menjayakan pelaksanaannya di PPR Wahyu yang melibatkan OKU dan warga emas kelak.

Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pengurusan Badan Pendamai di Bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994


8 Julai 2013- Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pengurusan Badan Pendamai di Bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 telah diadakan bertempat di Aras 11, Bahagian WTK JKMM. Bengkel ini diadakan bagi memurnikan lagi Akta tersebut agar akta ini lebih mantap di dalam pelaksanaannya. Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Ruhaini Haji Zawawi (Ketua Penolong Pengarah Kanan, WTK). Turut hadir Penasihat Undang-Undang JKM iaitu Cik Zuriyati Mohd Noor.

Tuesday 9 July 2013

Mesyuarat Bahagian Warga Tua & Keluarga (WTK), JKMM Bil.3/2013




4 Julai 2013- Mesyuarat Bahagian WTK Bi. 3/2013 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Kekwa, Aras 11, JKMM dimana ia dipengerusikan oleh Tuan Pengarah WTK (Encik Roslan bin Baba). Antara perkara yang dibincangkan adalah Pengurusan Pentadbiran WTK, Pengurusan Kewangan WTK, serta perancangan dan Pelaksanaan program/aktiviti bagi tahun 2013.

Bengkel Menangani Isu Pengemis Peringkat Zon Selatan

 
1 Julai 2013- Bahagian WTK JKMM telah menganjurkan Bengkel Menangani Isu Pengemis peringkat zon selatan bertempat di Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka yang melibatkan seramai 20 orang pegawai JKM dari PKMD terpilih. Bengkel ini dirasmikan oleh Tuan Pengarah WTK (Encik Roslan bin Baba). Tujuan utama diadakan bengkel ini ialah membincangkan isu-isu pengemis yang sering berulang dan sukar diatasi, serta mencari jalan penyelesaiannya. Bengkel ini juga akan diadakan di peringkat zon utara dan timur.

Kursus Pengurusan Akta Orang-Orang Papa 1977 di Sabah


26 Jun 2013- Bahagian WTK JKMM dengan kerjasama JKMN Sabah telah mengadakan Kursus Pengurusan Akta Orang-Orang Papa 1977 selama 2 hari bertempat di Wisma Wanita, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah. Peserta kursus adalah seramai 40 orang yang terdiri dari kakitangan JKMN Sabah, PKMB Tawau dan PKMB Sandakan. Perasmian penutup kursus tersebut dijayakan oleh Timbalan Pengarah JKMN Sabah iaitu Encik Said bin Sidup. Barisan penceramah terdiri dari Puan Ruhaini Hj Zawawi (JKMM), Encik Shahrin Nizar Hj Azudin (RSK Bedong, Kedah), Encik Mad Darus Hasssan (JKMWPKL) dan Encik Umar Zakir Sayuti (PKMD Kelang).

Taklimat Pelaksanaan Akta Orang-Orang Papa 1977 Di Tawau dan Sandakan, Sabah


24 Jun 2013- Bahagian Warga Tua dan Keluarga (WTK) JKMM dengan kerjasama Penasihat Undang-Undang (PUU) JKM telah mengadakan Roadshow (Taklimat AOP 1977) di Tawau dan Sandakan, Sabah. Taklimat disampaikan oleh Puan Ruhaini Haji Zawawi (Ketua Penolong Pengarah Kanan, WTK). Ia bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri yang berkaitan mengenai pelaksanaan Akta AOP 1977. Akta ini telah diwartakan (berkuatkuasa) di Negeri Sabah pada 26 Mac 2012. Di samping itu, Penubuhan institusi Desa Bina Diri (DBD) juga telah berada di peringkat untuk kelulusan Menteri KPWKM pewartaannya sebagai institusi orang papa di Kota Kinabalu, Sabah.

Perbincangan 'Outcome Of Seniors Living Lab And Integrated Residental Care Centre (IRCC)'


20 Jun 2013- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Perbincangan 'Outcome Of Seniors Living Lab And Integrated Residental Care Centre (IRCC)' bersama wakil PEMANDU, Jabatan Perdana Menteri dimana ia dipengerusikan oleh Dato' Norani Haji Mohd Hashim (Ketua Pengarah JKMM). Pihak PEMANDU  juga turut membuat pembentangan berkaitan rumusan hasil 'Seniors Living Lab' yang telah diadakan pada 18 Sept - 19 Okt 2013. Antara isu yang dibincangkan termasuklah isu penjagaan dan kesihatan warga emas. Di samping itu, turut dibincangkan samada Akta baru (Akta Warga Emas) perlu diwujudkan atau tidak bagi menjamin kesejahteraan warga emas.