Sunday 23 March 2014

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Sosial dan Rekreasi (JKKSR) Bil. 1/2014




12 Mac 2014- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Sosial dan Rekreasi (JKKSR) Bil. 1/2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Jati, Aras 18, JKMM di mana mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia iaitu Dato’ Norani Haji Mohd Hashim. Ahli mesyuarat terdiri dari kementerian, jabatan dan agensi luar serta Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) di bawah naungan JKM. Mesyuarat yang diadakan 2 kali setahun ini membincangkan mengenai perancangan dan pelaksanaan program bagi tahun 2014 yang melibatkan 3 biro di bawahnya iaitu Biro Pembangunan Sosial (Dipengerusikan oleh JKM), Biro Penerangan (Dipengerusikan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan Biro Sukan (Dipengerusikan oleh Kementerian Belia dan Sukan). Turut hadir Tuan Haji Zulkiply bin Ramli (Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JKM.


Wednesday 5 March 2014

Mesyuarat Ketua Institusi Dan Penyelaras WE Negeri Bil. 1/2014




18 Februari 2014- Bahagian WE telah mengadakan Mesyuarat Ketua Institusi Dan Penyelaras WTK Negeri Bil. 1/2014 selama 2 hari bertempat di Bahagian Warga Emas, JKM. Mesyuarat ini melibatkan kakitangan WE JKMM, Ketua Institusi serta Penyelaras WE Negeri. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Roslan bin Baba (Pengarah Bahagian WE JKMM). Di antara pengisian mesyuarat ialah berkaitan Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri dan Daerah, Pengurusan Kewangan, Pengurusan institusi, serta pengurusan dan pelaksanaan 22 PAWE lama dan 23 PAWE baru. Turut hadir ialah Dr Zaitol binti Salleh yang akan menggantikan Encik Roslan Baba yang akan bertukar ke Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan (PU), JKM. Mesyuarat juga turut mengadakan majlis perpisahan tuan pengarah WE.

Mesyuarat Biro Pembangunan Sosial (BPS) Di Bawah JKKSR Bil 1/2014


28 Januari 2014- Bahagian Warga Emas (WE), JKM telah mengadakan Mesyuarat Biro Pembangunan Sosial di Bawah Jawatankuasa Kecil Sosial dan Rekreasi (JKKSR). Biro ini merupakan salah satu biro dari tiga biro yang berada di bawah JKKSR iaitu Biro Pembangunan Sosial, Biro Sukan dan Rekreasi serta Biro Penerangan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah WTK JKMM. Antara ahli mesyuarat yang hadir ialah Wakil KPWKM, Wakil Bahagian2 JKMM, Wakil JKMWPKL, Wakil Agensi/Jabatan, Wakil Institut Gerontologi UPM, Persatuan Gerontologi, MPKSM dan lain-lain. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah WE, JKM. Mesyuarat membincangan pelaksanaan program-program bagi tahun 2013 serta perancangan program bagi tahun 2014.

Mesyuarat Bersama JICA Bagi Program Berasaskan Komuniti dan Sistem Sokongan Sosial Warga Emas


10 Januari 2014- Mesyuarat Bersama Japan International Cooperation Agency (JICA) bagi Program Berasaskan Komuniti dan Sistem Sokongan Sosial Warga Emas telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Jati, JKM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JKM (Dato' Norani Haji Mohd Hashim). Manakala wakil JICA diketuai oleh Mr. Shintaro Nakamura. Turut hadir Pengarah Bahagian Warga Emas, Pengarah Bahagian Perancangan & Pembangunan, Pengarah Bahagian Komuniti, Pengarah Bahagian Standard serta beberapa pegawai JKM. Mesyuarat membincangkan  mengenai Program Berasaskan Komuniti dan Sistem Sokongan Sosial kepada Warga Emas di Malaysia.

Perbincangan Bersama JICA Berkaitan Isu Warga Emas



9 Januari 2014-  Bahagian Warga Emas (WE), JKM telah mengadakan perbincangan bersama   JICA mengenai Kerjasama Teknikal Dalam Isu Warga Emas. Perbincangan ini telah diadakan Aras 11, Bahagian Warga Emas yang dipengerusikan oleh Encik Roslan bin Baba (Pengarah), Bahagian WE. Turut hadir adalah wakil dari Bahagian Komuniti iaitu Encik Zakaria bin Taib (Ketua Penolong Pengarah Kanan), JKM. Perbincangan adalah berkisar kepada pendekatan atau kerjasama yang boleh diselaraskan bagi kesejahteraan dan keharmonian warga emas di Malaysia.