Sunday, 26 February 2012
Taklimat Dasar Warga Emas Negara (DWEN) Di Peringkat Negeri
23 Februari 2012- Sesi pembentangan Taklimat Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) telah disampaikan kepada Agensi-Agensi Pelaksana di Pulau Pinang di bawah anjuran JKMN Pulau Pinang. Taklimat DWEN telah dibentangkan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JKMM iaitu Encik Sharudin Bin Shar Kashim. Manakala Taklimat PTWEN pula dibentangkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian WTK JKMM iaitu Puan Noraziah bin Chemok Ali. Sebelum ini, Bahagian WTK telah mengadakan Taklimat di beberapa negeri iaitu Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Perlis, Pahang dan Sarawak.
Sunday, 5 February 2012
Mesyuarat Penasihat Dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN) Bil 1/2012
14 Feb 2012- Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN) bil. 1/2012 telah diadakan dan dipengerusikan oleh Menteri KPWKM (Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil) bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 36, KPWKM, Putrajaya pada jam 2.30 petang. Mesyuarat ini membincangkan mengenai isu warga emas di Malaysia di samping memartabatkan warga emas di mata masyarakat Malaysia mengenai betapa pentingnya warga emas kepada negara. Di dalam Mesyuarat tersebut turut terdapat pengisian 2 sesi taklimat iaitu Taklimat Simpanan Persaraan 1 Malaysia oleh KWSP dan Taklimat Indeks Kesejahteraan Warga Emas : Penanda Aras Pencapaian Dasar Warga Emas Malaysia oleh Prof. Dr. Tengku Aizan binti Hamid (Institut Gerontologi, UPM).
Subscribe to:
Posts (Atom)