29 Ogos 2013- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Mesyuarat Majlis Penasihat Dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN) Bil. 1/2013 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 36 , KPWKM Putrajaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Datuk Rohani binti Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Malaysia). Mesyuarat membincangkan pelbagai perkara yang berkaitan kebajikan warga emas di Malaysia. Pembentangan kertas kerja juga merupakan salah satu dari agenda mesyuarat dimana Kertas Kerja Berkaitan Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) dibentangkan oleh Encik Mohd Fazari bin Mohd Salleh (Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan, JKM).
Wednesday, 11 September 2013
Kursus Penyediaan, Pengendalian Dan Penilaian Kemajuan Warga Emas di Institusi Kebajikan
26 Ogos 2013- Bahagian WTK JKM telah mengadakan Kursus Penyediaan, Pengendalian Dan Penilaian Kemajuan Warga Emas di Institusi Kebajikan. Kursus tersebut telah diadakan bertempat di Langkawi, Kedah dimana seramai 25 orang peserta terlibat yang melibatkan Penguasa Institusi Warga Emas, Timbalan Penguasa, Pembantu Kebajikan Kanan dan Pembantu Kebajikan Masyarakat Institusi. Kursus yang diadakan selama 5 hari 4 malam ini menekankan pelbagai aspek yang melibatkan pengurusan warga emas di dalam dan luar institusi. Ia bertujuan memberi pendedahan bagi pengiktirafan kemahiran kakitangan dalam menguruskan warga emas melalui NOSS bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kelak.
Subscribe to:
Posts (Atom)