28 Jun 2012- Bahagian WTK telah mengadakan
mesyuarat Biro Pembangunan Sosial di Bawah Jawatan Kuasa Kecil Sosial dan
Rekreasi (JKKSR) pada jam 2.30 petang dan bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Bahagian WTK di mana ia dipengerusikan oleh Pengarah WTK iaitu Encik Roslan
bin Baba. Mesyuarat ini membincangkan mengenai perkembangan Biro ini serta
perancangan program-program yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Turut hadir
ke mesyuarat ini ialah Wakil-wakil dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,
DBKL, Institut Gerontologi UPM, Persatuan USIAMAS, PRO JKM serta wakil dari Bahagian-Bahagian
JKMM.
Monday, 2 July 2012
Perbincangan Pemurnian Sambutan Hari Warga Emas 2012
28 Jun 2012- Bahagian WTK telah mengadakan Perbincangan Dalaman Bahagian WTK iaitu Perbincangan Pemurnian Kertas Cadangan Program Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan Tahun 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Aras 11, Bahagian WTK JKMM.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah WTK iaitu Encik Roslan bin Baba. Mesyuarat ini membincangkan mengenai Post-Mortem Sambutan Hari Warga Emas Tahun lepas (2011) dan perancangan serta persediaan bagi mengadakan Program Sambutan Hari Warga Emas pada tahun ini.
Kursus Pengurusan Desa Bina Diri di Miri, Sarawak
11 Jun 2012- Bahagian WTK JKMM dengan kerjasama JKMN Sarawak telah mengadakan Kursus Pengurusan Desa Bina Diri (DBD) di Bawah Akta Orang-Orang Papa 1977 selama 4 hari (11hb-14hb Jun 2012)bertempat di Sekolah Tunas Bakti (Perempuan) Miri Sarawak. Seramai 32 orang peserta yang mengikuti kursus ini yang terdiri dari kakitangan JKMN, PKMB Miri, STB (P) Miri, RSK Sibu dan RSK Kuching. Kursus ini diadakan sebagai persediaan awal kepada kakitangan JKMN Sarawak, khususnya kakitangan STB(P) Miri kerana institusi ini akan bertukar skop menjadi DBD Miri kelak. Penceramah jemputan ialah Encik Shahrin Nizar Azudin (Penguasa RSK Bedong, Kedah) dan Encik Zamzuri bin Mohamed (Penolong Pengarah JKMN Melaka).
Monday, 4 June 2012
Program KAR1SMA Warga Emas Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia
28 Mei 2012- Program KAR1SMA Warga Emas Bersama YAB Perdana Menteri telah diadakan bertempat di Rumah Sejahtera Seri Kembangan, Selangor. Program ini memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk beramah mesra bersama warga emas dari Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan dan Pusat Aktiviti Warga Emas seluruh Malaysia. Masyarakat berketurunan Orang asli dari kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut dijemputkan bagi memeriahkan program tersebut. Pada program ini juga Perdana Menteri turut dapat makan tengahari dan beramah mesra bersama-sama warga emas dari pelbagai kaum dan latar belakang seperti kaum Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asli.Tetamu yang hadir dianggarkan seramai hampir 2,000 orang.
Sunday, 3 June 2012
Raptai Program KAR1SMA Warga Emas Bersama YAB Perdana Menteri
27 Mei 2012- Raptai Program KAR1SMA Warga Emas Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia (Dato' Seri Mohd Najib Tun Abduk Razak) telah diadakan bertempat di Rumah Sejahtera Seri Kembangan, Selangor. Timbalan Menteri KPWKM iaitu YB Senator Datuk Heng Seai Kie turut hadir bagi menjayakan raptai tersebut. Turut sama hadir ke raptai tersebut ialah Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia (Tuan Haji Hadzir bin Md Zain), Pengarah WTK, Pengarah Bahagian lain,Pegawai-pegawai WTK serta Pegawai Kanan Bahagian lain yang turut sama membantu menjayakan raptai ini.
Thursday, 17 May 2012
18 Mei 2012- Bahagian WTK telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program KAR1SMA Warga Emas Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Aras 11, JKMM, Putrajaya (8.30 pagi). Program tersebut akan diadakan pada 28 Mei 2012 bertempat di Rumah Sejahtera, Seri Kembangan, Selangor dengan anggaran peserta seramai 1,000 orang warga emas dari pelbagai latar belakang. Program tersebut memberi penekanan kepada Majlis Beramah Mesra YAB PM bersama warga emas.
Sunday, 6 May 2012
Pembentangan Taklimat DWEN di Kelantan
30 April 2012- Bahagian WTK telah menyampaikan Taklimat Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara kepada Ahli Majlis Tindakan Negeri Kelantan bertempat di Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan. Taklimat tersebut disampaikan oleh Puan Noraziah binti Chemok Ali (Ketua Penolong Pengarah WTK). Mesyuarat dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Pengarah JKMN Kelantan iaitu Encik Md Noor bin Chik.
Subscribe to:
Posts (Atom)











