Wednesday, 16 January 2013

MESYUARAT/JAMUAN AKHIR TAHUN WTK 2012

10 Disember 2012- Mesyuarat/Jamuan Akhir Tahun Bahagian WTK JKMM telah diadakan bertempat di Bahagian WTK JKMM. Tuan Pengarah WTK (Encik Roslan bin Baba) telah menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih atas komitmen tinggi kakitangan WTK bagi program-program WTK yang telah diadakan sepanjang tahun 2012. Majlis ini juga turut meraikan Puan Nor Asiah binti Wook (Pembantu Tadbir WTK)yang akan bersara pada 30 Disember 2012.

MESYUARAT PENYELARAS NEGERI DAN KETUA INSTITUSI WTK JKMM

6 Disember 2012- Mesyuarat Penyelaras WTK Negeri dan Ketua Institusi WTK JKMM telah diadakan selama 2 hari bertempat di Bilik Mesyuarat Kekwa, Aras 11, JKMM, KPWKM Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga (WTK) JKMM iaitu Encik Roslan bin Baba. Mesyuarat ini  membincangkan mengenai pencapaian aktiviti/program 2012 dan perancangan aktiviti/program Tahun 2013.

Tuesday, 15 January 2013

MESYUARAT ANTARA AGENSI JAWATANKUASA MEMBANTERAS PENGEMISAN JKMM

5 Disember 2012 - Mesyuarat Antara Agensi Jawatankuasa Membanteras Pengemisan JKMM Bil.1/2012 telah diadakan bertempat di Aras 36, KPWKM dimana ia dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JKMM iaitu Dato' Norani Haji Mohd Hashim. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan masalah atau isu pengemis di Malaysia serta cara menanganinya dengan kerjasama antara agensi kerajaan, NGO's serta masyarakat. Diantara isu pengemis yang dibincangkan adalah seperti Pengemis Tempatan, Pengemis OKU, Pengemis Kanak-Kanak,Pengemis Mental,Pengemis HIV/AIDS dan Pengemis Warga Asing.

MAJLIS PENYAMPAIAN PAKEJ KEBAJIKAN ASTRO

6 November 2012- Program penyampaian Pakej Kebajikan Astro telah diadaka bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Cheras Baru, Kuala Lumpur. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri KPWKM iaitu YB Senator Datuk Heng Seai Kie.

SAMBUTAN HARI WARGA EMAS KEBANGSAAN 2012

17 Oktober 2012- Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan telah diadakan bertempat di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. Program ini telah dihadiri oleh seramai 2000 tetamu yang terdiri dari Warga Emas, Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK), Masyarakat Orang Asli dan Persatuan Seniman Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia).

Sunday, 12 August 2012

Mesyuarat Bagi Persiapan Sambutan Hari Warga Emas 2012

06 Ogos 2012- Mesyuarat Sempena Bulan Sambutan Hari Warga Emas 2012 telah diadakan yang melibatkan penyelaras-penyelaras WTK Negeri bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Bahagian WTK JKMM. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian iaitu Encik Roslan bin Baba. Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Noor Chik (Pengarah JKMN Kelantan). Mesyuarat membincangkan mengenai perancangan aktiviti/program yang dicadangkan bersempena Bulan Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan pada tahun ini termasuk sambutan di peringkat negeri.

Wednesday, 8 August 2012

Program Singgah Sahur TV3 di RSK Kangar


01 Ogos 2012- Sistem Televisyen TV3 telah mengadakan Program Singgah Sahur 2012 bertempat di Rumah Seri Kenangan (RSK) Kangar, Perlis. Program tersebut bermula pada jam 3.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 pagi. Di samping aktiviti bersahur bersama warga emas, juga diselitkan aktiviti sambutan Harijadi warga emas serta beramah mesra selebriti TV3 bersama warga emas RSK Kangar dan juga penyampaian cenderahati TV3 kepada warga emas.Pengarah Bahagian WTK JKMM(Encik Roslan Baba) turut hadir bagi memeriahkan program tersebut.