20 Mac 2013- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Mesyuarat Penyelaras WTK Negeri dan Ketua Institusi WTK selama 2 hari (20 - 21 Mac 2013) bertempat di Bilik Mesyuarat Kekwa, Aras 11, JKMM dimana ia dihadiri oleh semua penyelaras WTK Negeri dan Ketua Institusi WTK. Mesyuarat membincangkan mengenai perancangan dan pelaksanaan program bagi tahun 2013. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian WTK iaitu Encik Roslan bin Baba. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan mengenai peruntukan kewangan bagi tahun 2013.
Monday, 3 June 2013
Mesyuarat Penyelaras Daerah PAWE dan Penyelia PAWE Bil1/2013
19 Mac 2013- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Mesyuarat Penyelaras Daerah PAWE dan Penyelia PAWE
Bil1/2013 bertempat di Aras 11, Bahagian WTK, JKMM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Roslan bin Baba (Pengarah Bahagian WTK JKMM).
Mesyuarat Pengurusan Tempat Selamat Di Bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
5 Mac 2013- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Tempat Selamat Di Bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bertempat di Bilik Mesyuarat Kekwa, Aras 11, JKMM. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JKMM iaitu Encik Sharudin bin Shar Kashim. Mesyuarat ini bertujuan memantapkan lagi sistem pengurusan tempat selamat di institusi JKM yang terlibat.
Sunday, 2 June 2013
Kursus Pengurusan Kes Orang Papa Ke Institusi WTK
25hb Februari 2013- Bahagian WTK JKMM dengan kerjasama JKMN Sabah telah mengadakan Kursus Pengurusan Kemasukan Kes Orang Papa Ke Institusi WTK selama 3 hari (25 - 27 Feb 2013)dimana seramai 40 orang kakitangan JKMN Sabah yang melibatkan kakitangan JKMN, PKMB dan Institusi DBD terlibat dalam kursus tersebut. Ia bertujuan memberi pendedahan serta pengetahuan kepada kakitangan JKMN Sabah di dalam menguruskan kes orang papa atau pengemis yang diselamatkan dalam operasi kelak. Perasmian penutup kursus ini dirasmikan oleh Encik Said bin Sidup (Timbalan Pengarah JKMN Sabah).
Wednesday, 13 February 2013
BENGKEL PENYEDIAAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DWEN
5 Februari 2013- Bengkel Penyediaan Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) telah diadakan di mana ia telah dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian WTK (Encik Roslan bin Baba). Bengkel ini diadakan bertujuan bagi menyediakan garis panduan bagi pelaksanaan DWEN di peringkat negeri dan daerah. PKMD serta Penyelaras WTK Negeri telah dijemput hadir ke bengkel ini bagi memantapkan Garis Panduan DWEN tersebut. Turut hadir wakil Bahagian Dasar KPWKM.
MESYUARAT MEMBINCANGKAN INDEKS KESEJAHTERAAN WARGA EMAS
22 januari 2013- Mesyuarat Membincangkan Indeks Kesejahteraan Warga Emas : Penanda Aras Pencapaian Dasar Warga Emas telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Kekwa, Aras 11, Bahagian WTK, JKMM. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JKM iaitu Encik Sharudin bin Shar Kashim. Mesyuarat diadakan bertujuan membincangkan mengenai Indeks Kesejahteraan Warga Emas di Malaysia. Mesyuarat turut dihadiri Pengarah WTK (Encik Roslan bin Baba), Dr. Tengku Aizan (Institut Gerontologi), Wakil Bahagian Dasar KPWKM, Wakil Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, Wakil LPPKN, Wakil ISM serta wakil Bahagian JKM yang lain.
BENGKEL PEMURNIAN RANG UNDANG-UNDANG AOP PINDAAN 2008
21 Januari 2013 - Bengkel Pemurnian Rang Undang-Undang Akta Orang-Orang Papa Pindaan 2008 telah diadakan bertempat di Aras 11, Bahagian WTK, JKMM. Bengkel ini dipengerusikan oleh Encik Sharudin bin Shar Kashim (Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JKM). Bengkel ini bertujuan memurnikan semula Rang Undang-Undang Pindaan 2008. Bengkel turut dihadiri pengarah WTK, Penasihat Undang-Undang JKM dan KPWKM serta wakil Bahagian2 JKM.
Subscribe to:
Posts (Atom)









