30 Julai 2013- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Sesi konsultasi bersama Institut Gerontologi (IG), UPM bagi Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di RSK Cheras. Sesi konsultasi ini yang diadakan bertempat di Bahagian WTK JKMM dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga (WTK), JKMM iaitu Encik Roslan bin Baba. Turut hadir dalam sesi konsultasi tersebut ialah pegawai-pegawai Bahagian WTK, Wakil dari Institut Gerontologi, UPM serta Penguasa RSK Cheras. Antara agenda sesi konsultasi ini ialah Pembentangan Laporan Program Perintis oleh IG, UPM serta perbincangan dapatan, Rumusan & Halatuju Program PSH di Institusi (RSK Cheras).
Wednesday, 14 August 2013
Wednesday, 24 July 2013
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2013
24 Julai 2013- Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2013 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Kekwa, Aras 11, JKMM Putrajaya di mana ia dipengerusikan oleh Encik Sharudin bin Shar Kashim (Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JKMM). Mesyuarat membincangkan mengenai perancangan serta persediaan awal bagi pelaksanaan Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2013. Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan pada tahun ini akan diadakan bertempat di Pahang.
Wednesday, 10 July 2013
Perbincangan Penyelarasan Penempatan Warga Emas di PPR Wahyu, Kuala Lumpur
9 Julai 2013- Bahagian WTK telah mengadakan Perbincangan Penyelarasan Penempatan Warga Emas di PPR Wahyu, Kuala Lumpur. Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan pengwujudan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) serta 5 unit Rumah Berkediaman (RSK Komuniti) untuk warga emas. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Encik Roslan Baba (Pengarah WTK). Perbincangan ini melibatkan Bahagian WTK, Bahagian Perancangan & Pembangunan JKM, Bahagian Pembangunan Komuniti JKM serta wakil pengarah JKM WPKL (Encik Tarmizi Ali Razak). Cadangan pelaksanaannya berasaskan National Blue Ocean Strategy (NBOS) dalaman bersama JPOKU terutama dari aspek peruntukan kewangan amatlah baik di dalam menjayakan pelaksanaannya di PPR Wahyu yang melibatkan OKU dan warga emas kelak.
Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pengurusan Badan Pendamai di Bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
8 Julai 2013- Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pengurusan Badan Pendamai di Bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 telah diadakan bertempat di Aras 11, Bahagian WTK JKMM. Bengkel ini diadakan bagi memurnikan lagi Akta tersebut agar akta ini lebih mantap di dalam pelaksanaannya. Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Ruhaini Haji Zawawi (Ketua Penolong Pengarah Kanan, WTK). Turut hadir Penasihat Undang-Undang JKM iaitu Cik Zuriyati Mohd Noor.
Tuesday, 9 July 2013
Mesyuarat Bahagian Warga Tua & Keluarga (WTK), JKMM Bil.3/2013
4 Julai 2013- Mesyuarat Bahagian WTK Bi. 3/2013 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Kekwa, Aras 11, JKMM dimana ia dipengerusikan oleh Tuan Pengarah WTK (Encik Roslan bin Baba). Antara perkara yang dibincangkan adalah Pengurusan Pentadbiran WTK, Pengurusan Kewangan WTK, serta perancangan dan Pelaksanaan program/aktiviti bagi tahun 2013.
Bengkel Menangani Isu Pengemis Peringkat Zon Selatan
1 Julai 2013- Bahagian WTK JKMM telah menganjurkan Bengkel Menangani Isu Pengemis peringkat zon selatan bertempat di Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka yang melibatkan seramai 20 orang pegawai JKM dari PKMD terpilih. Bengkel ini dirasmikan oleh Tuan Pengarah WTK (Encik Roslan bin Baba). Tujuan utama diadakan bengkel ini ialah membincangkan isu-isu pengemis yang sering berulang dan sukar diatasi, serta mencari jalan penyelesaiannya. Bengkel ini juga akan diadakan di peringkat zon utara dan timur.
Kursus Pengurusan Akta Orang-Orang Papa 1977 di Sabah
26 Jun 2013- Bahagian WTK JKMM dengan kerjasama JKMN Sabah telah mengadakan Kursus Pengurusan Akta Orang-Orang Papa 1977 selama 2 hari bertempat di Wisma Wanita, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah. Peserta kursus adalah seramai 40 orang yang terdiri dari kakitangan JKMN Sabah, PKMB Tawau dan PKMB Sandakan. Perasmian penutup kursus tersebut dijayakan oleh Timbalan Pengarah JKMN Sabah iaitu Encik Said bin Sidup. Barisan penceramah terdiri dari Puan Ruhaini Hj Zawawi (JKMM), Encik Shahrin Nizar Hj Azudin (RSK Bedong, Kedah), Encik Mad Darus Hasssan (JKMWPKL) dan Encik Umar Zakir Sayuti (PKMD Kelang).
Subscribe to:
Posts (Atom)





