11 April 2013- Bahagian WTK telah mengadakan
Bengkel Penambahbaikan dan Pemurnian Borang-Borang Di
Bawah Peraturan-Peraturan Keganasan Rumah Tangga(Borang-BorangDitetapkan)
1999 bertempat di Aras 11, Bahagian WTK JKMM. Bengkel ini diadakan bagi memurnikan borang-borang sedia ada bagi memantapkan lagi maklumat di dalam borang tersebut. Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Penasihat Undang-Undang KPWKM iaitu Puan Natasha Abdul Azis.