17 Jun 2013- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Sosial dan Rekreasi (JKKSR) Bil. 1/2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Melur, Aras 17, JKMM di mana mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), JKM iaitu Encik Sharudin bin Shar Kashim. Ahli mesyuarat turut terdiri dari kementerian, jabatan dan agensi luar serta Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) di bawah naungan JKM. Mesyuarat yang diadakan 2 kali setahun ini membincangkan mengenai perancangan dan pelaksanaan program bagi tahun 2013 yang melibatkan 3 biro di bawahnya iaitu Biro Pembangunan Sosial (Dipengerusikan oleh JKM), Biro Penerangan (Dipengerusikan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan Biro Sukan (Dipengerusikan oleh Kementerian Belia dan Sukan).