28 Januari 2014- Bahagian Warga Emas (WE), JKM telah mengadakan
Mesyuarat Biro Pembangunan Sosial di Bawah Jawatankuasa Kecil Sosial dan
Rekreasi (JKKSR). Biro ini merupakan salah satu biro dari tiga biro yang berada
di bawah JKKSR iaitu Biro Pembangunan Sosial, Biro Sukan dan Rekreasi serta
Biro Penerangan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah WTK JKMM. Antara
ahli mesyuarat yang hadir ialah Wakil KPWKM, Wakil Bahagian2 JKMM, Wakil
JKMWPKL, Wakil Agensi/Jabatan, Wakil Institut Gerontologi UPM, Persatuan
Gerontologi, MPKSM dan lain-lain. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah WE,
JKM. Mesyuarat membincangan pelaksanaan program-program bagi tahun 2013
serta perancangan program bagi tahun 2014.