Tuesday, 8 April 2014

Kursus Pengurusan dan Pengendalian Penyakit Berjangkit di Institusi DBD Jerantut, Pahang



25 Mac 2014 - Bahagian WE telah mengadakan Kursus Pengurusan dan Pengendalian Penyakit Berjangkit di Institusi selama 2 hari bertempat di DBD Jerantut, Pahang.  Majlis perasmian penutupan kursus dirasmikan oleh Pemangku Pengarah Bahagian WE JKM iaitu Dr Zaitol binti Salleh. Diantara objektif kursus tersebut ialah:

1) Memberi kefahaman cara pengurusan dan mengendalikan penyakit berjangkit di institusi.
2) Meningkatkan pengetahuan kakitangan berkaitan penjagaan kesihataan untuk mereka sebagai care givers di institusi.
3) Mengamalkan adab dan tatacara menjaga pesakit dengan rasa ihsan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan.

4) Mengetahui jenis-jenis penyakit berjangkit yang boleh menjadi ancaman kepada penghuni dan kakitangan institusi.

Sunday, 23 March 2014

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Sosial dan Rekreasi (JKKSR) Bil. 1/2014




12 Mac 2014- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Sosial dan Rekreasi (JKKSR) Bil. 1/2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Jati, Aras 18, JKMM di mana mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia iaitu Dato’ Norani Haji Mohd Hashim. Ahli mesyuarat terdiri dari kementerian, jabatan dan agensi luar serta Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) di bawah naungan JKM. Mesyuarat yang diadakan 2 kali setahun ini membincangkan mengenai perancangan dan pelaksanaan program bagi tahun 2014 yang melibatkan 3 biro di bawahnya iaitu Biro Pembangunan Sosial (Dipengerusikan oleh JKM), Biro Penerangan (Dipengerusikan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan Biro Sukan (Dipengerusikan oleh Kementerian Belia dan Sukan). Turut hadir Tuan Haji Zulkiply bin Ramli (Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JKM.


Wednesday, 5 March 2014

Mesyuarat Ketua Institusi Dan Penyelaras WE Negeri Bil. 1/2014




18 Februari 2014- Bahagian WE telah mengadakan Mesyuarat Ketua Institusi Dan Penyelaras WTK Negeri Bil. 1/2014 selama 2 hari bertempat di Bahagian Warga Emas, JKM. Mesyuarat ini melibatkan kakitangan WE JKMM, Ketua Institusi serta Penyelaras WE Negeri. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Roslan bin Baba (Pengarah Bahagian WE JKMM). Di antara pengisian mesyuarat ialah berkaitan Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri dan Daerah, Pengurusan Kewangan, Pengurusan institusi, serta pengurusan dan pelaksanaan 22 PAWE lama dan 23 PAWE baru. Turut hadir ialah Dr Zaitol binti Salleh yang akan menggantikan Encik Roslan Baba yang akan bertukar ke Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan (PU), JKM. Mesyuarat juga turut mengadakan majlis perpisahan tuan pengarah WE.

Mesyuarat Biro Pembangunan Sosial (BPS) Di Bawah JKKSR Bil 1/2014


28 Januari 2014- Bahagian Warga Emas (WE), JKM telah mengadakan Mesyuarat Biro Pembangunan Sosial di Bawah Jawatankuasa Kecil Sosial dan Rekreasi (JKKSR). Biro ini merupakan salah satu biro dari tiga biro yang berada di bawah JKKSR iaitu Biro Pembangunan Sosial, Biro Sukan dan Rekreasi serta Biro Penerangan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah WTK JKMM. Antara ahli mesyuarat yang hadir ialah Wakil KPWKM, Wakil Bahagian2 JKMM, Wakil JKMWPKL, Wakil Agensi/Jabatan, Wakil Institut Gerontologi UPM, Persatuan Gerontologi, MPKSM dan lain-lain. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah WE, JKM. Mesyuarat membincangan pelaksanaan program-program bagi tahun 2013 serta perancangan program bagi tahun 2014.

Mesyuarat Bersama JICA Bagi Program Berasaskan Komuniti dan Sistem Sokongan Sosial Warga Emas


10 Januari 2014- Mesyuarat Bersama Japan International Cooperation Agency (JICA) bagi Program Berasaskan Komuniti dan Sistem Sokongan Sosial Warga Emas telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Jati, JKM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JKM (Dato' Norani Haji Mohd Hashim). Manakala wakil JICA diketuai oleh Mr. Shintaro Nakamura. Turut hadir Pengarah Bahagian Warga Emas, Pengarah Bahagian Perancangan & Pembangunan, Pengarah Bahagian Komuniti, Pengarah Bahagian Standard serta beberapa pegawai JKM. Mesyuarat membincangkan  mengenai Program Berasaskan Komuniti dan Sistem Sokongan Sosial kepada Warga Emas di Malaysia.

Perbincangan Bersama JICA Berkaitan Isu Warga Emas



9 Januari 2014-  Bahagian Warga Emas (WE), JKM telah mengadakan perbincangan bersama   JICA mengenai Kerjasama Teknikal Dalam Isu Warga Emas. Perbincangan ini telah diadakan Aras 11, Bahagian Warga Emas yang dipengerusikan oleh Encik Roslan bin Baba (Pengarah), Bahagian WE. Turut hadir adalah wakil dari Bahagian Komuniti iaitu Encik Zakaria bin Taib (Ketua Penolong Pengarah Kanan), JKM. Perbincangan adalah berkisar kepada pendekatan atau kerjasama yang boleh diselaraskan bagi kesejahteraan dan keharmonian warga emas di Malaysia.

Monday, 9 December 2013

Mesyuarat Ketua Institusi Dan Penyelaras WTK Negeri Bil. 2/2013








25 Nov- Bahagian WTK telah mengadakan Mesyuarat Ketua Institusi Dan Penyelaras WTK Negeri Bil. 2/2013 bertempat di Fishing Bay Beach Resort, Mersing, Johor selama 3 hari 2 malam. Mesyuarat ini melibatkan kakitangan WTK JKM Putrajaya, Ketua Institusi serta Penyelaras WTK Negeri. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Roslan bin Baba (Pengarah Bahagian WTK JKMM). Di antara pengisian mesyuarat ialah berkaitan Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri dan Daerah, Pengurusan Kewangan, Pengurusan institusi, serta pengurusan dan pelaksanaan 22 PAWE lama dan 23 PAWE baru. Selain itu, diadakan juga lawatan kerja ke Desa Bina Diri (DBD) Mersing serta mengadakan program sukaneka bersama penghuni DBD Mersing.  

Monday, 18 November 2013

Kursus Penjagaan dan Pengendalian Warga Emas di Institusi Kebajikan



27 Oktober 2013- Bahagian WTK JKM telah mengadakan Kursus Penjagaan dan Pengendalian Warga Emas di Institusi Kebajikan. Kursus tersebut telah diadakan bertempat di Kuala Terengganu, Terengganu dimana seramai 25 orang peserta terlibat yang melibatkan Penguasa Institusi Warga Emas, Timbalan Penguasa, Pembantu Kebajikan Kanan dan Pembantu Kebajikan Masyarakat Institusi serta Pembantu Perawatan Kesihatan. Kursus yang telah diadakan selama 5 hari 4 malam ini menekankan pelbagai aspek yang melibatkan pengurusan warga emas di dalam dan luar institusi. Ia bertujuan memberi pendedahan bagi pengiktirafan kemahiran kakitangan dalam menguruskan warga emas melalui NOSS bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kelak. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JKM iaitu Encik Sharudin bin Shar Kashim telah merasmikan Majlis Penutupan Kursus tersebut. Turut hadir pada majlis penutup tersebut ialah Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga, JKM (Encik Roslan bin Baba) serta Pengarah JKMN Terengganu (Encik Zuhami bin Omar).

Monday, 11 November 2013

Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2013






22 Oktober 2013- Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2013 telah diadakan bertempat di The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang yang melibatkan tetamu seramai hampir 2,500 orang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang (Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al'Mu'adzam Shah). Majlis turut diserikan dengan kehadiran Kaum Kerabat Diraja Pahang dan Menteri Besar Pahang serta VIP jemputan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) (Datuk Rohani Abdul Karim) turut menyampaikan ucapan aluan di dalam majlis berkenaan. Kehadiran Ketua Pengarah JKM (Dato' Norani Mohd Hashim) turut memeriahkan majlis ini. Di samping itu, seramai 6 orang warga emas telah terpilih menerima Penghargaan Warga Emas Cemerlang Kategori Akademik (3 orang) dan Kategori Kebudayaan dan Kesenian (3 orang). Ia selaras dengan tema Hari Warga Emas pada tahun ini iaitu 'Ilmu Dijunjung, Warga Emas Disanjung'. Selain itu, turut diadakan acara memotong pulut kuning oleh Tuanku Sultan Pahang sempena meraikan Majlis Harijadi Tuanku Sultan Pahang dimana turut serta seorang warga emas dari Sarawak yang lahir sama tarikh lahir dengan Tuanku Sultan Pahang. Pameran Interaktif turut diadakan bagi memeriahkan Sambutan Hari Warga Emas 2013 tersebut.

Mesyuarat Panel Pemilihan Warga Emas Cemerlang Sempena Hari Warga Emas Kebangsaan 2013



09 Oktober 2013- Mesyuarat Panel Pemilihan Warga Emas Cemerlang bagi kategori Akademik & Kategori Kesenian dan Kebudayaan telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Kekwa, Aras 11, Bahagian WTK JKM (Jam 9.00 pagi) dimana ia diurusetiakan oleh Bahagian WTK JKM. Mesyuarat Panel Pemilihan ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM iaitu Tuan Haji Zulkiply bin Ramli. Barisan panel pemilihan adalah terdiri dari wakil JKM, wakil KPWKM, wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan wakil Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN). Barisan panel dari kepelbagaian agensi ini adalah bagi memastikan ketelusan yang tinggi di dalam memilih calon yang betul-betul layak sepertimana kriteria yang telah ditetapkan. Daripada seramai 25 orang calon yang disenarai-pendekkan, seramai 6 orang warga emas dipilih iaitu 3 orang (Kategori Akademik) dan 3 orang (Kategori Kesenian & Kebudayaan).

 

Kursus Pengenalan Kepada Aspek Kebersihan, Kesihatan Dan Keselamatan di Institusi Kebajikan Warga Emas






30 September 2013- Bahagian WTK JKM telah mengadakan Kursus Pengenalan Kepada Aspek Kebersihan, Kesihatan Dan Keselamatan di Institusi Kebajikan Warga Emas. Kursus tersebut telah diadakan bertempat di Kota Bharu, Kelantan dimana seramai 25 orang peserta terlibat yang melibatkan Penguasa Institusi Warga Emas, Timbalan Penguasa, Pembantu Kebajikan Kanan dan Pembantu Kebajikan Masyarakat Institusi. Kursus yang diadakan selama 5 hari 4 malam ini menekankan pelbagai aspek yang melibatkan pengurusan warga emas di dalam dan luar institusi. Ia bertujuan memberi pendedahan bagi pengiktirafan kemahiran kakitangan dalam menguruskan warga emas melalui NOSS bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kelak. Majlis Penutup kursus dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JKM iaitu Encik Sharudin bin Shar Kashim.

 

Jamuan Raya Aidilfitri Bahagian WTK JKM 2013



05 Sept 2013- Bahagian WTK telah menganjurkan Jamuan Raya Aidilfitri Bahagian WTK dimana ia ia merupakan salah satu aktiviti atau majlis yang diadakan setiap tahun menjelang aidilfitri oleh semua bahagian JKMM. Turut hadir Pengarah-Pengarah Bahagian JKM, kakitangan bahagian JKM, Kakitangan Bahagian Dasar, KPWKM, Kakitangan DSN, Kakitangan YKN, Penguasa Institusi, Penyelaras WTK Negeri, Pengerusi dan Penyelia PAWE seluruh Malaysia dan lain-lain jemputan. 

Wednesday, 11 September 2013

Mesyuarat Majlis Penasihat Dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN)



29 Ogos 2013- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Mesyuarat Majlis Penasihat Dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN) Bil. 1/2013 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 36 , KPWKM Putrajaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Datuk Rohani binti Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Malaysia). Mesyuarat membincangkan pelbagai perkara yang berkaitan kebajikan warga emas di Malaysia. Pembentangan kertas kerja juga merupakan salah satu dari agenda mesyuarat dimana Kertas Kerja Berkaitan Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) dibentangkan oleh Encik Mohd Fazari bin Mohd Salleh (Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan, JKM).

Kursus Penyediaan, Pengendalian Dan Penilaian Kemajuan Warga Emas di Institusi Kebajikan


26 Ogos 2013- Bahagian WTK JKM telah mengadakan Kursus Penyediaan, Pengendalian Dan Penilaian Kemajuan Warga Emas di Institusi Kebajikan. Kursus tersebut telah diadakan bertempat di Langkawi, Kedah dimana seramai 25 orang  peserta terlibat yang melibatkan Penguasa Institusi Warga Emas, Timbalan Penguasa, Pembantu Kebajikan Kanan dan Pembantu Kebajikan Masyarakat Institusi. Kursus yang diadakan selama 5 hari 4 malam ini menekankan pelbagai aspek yang melibatkan pengurusan warga emas di dalam dan luar institusi. Ia bertujuan memberi pendedahan bagi pengiktirafan kemahiran kakitangan dalam menguruskan warga emas  melalui NOSS bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kelak.

Wednesday, 14 August 2013

Sesi konsultasi Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di RSK Cheras


30 Julai 2013- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Sesi konsultasi bersama Institut Gerontologi (IG), UPM bagi Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di RSK Cheras. Sesi konsultasi ini yang diadakan bertempat di Bahagian WTK JKMM dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga (WTK), JKMM iaitu Encik Roslan bin Baba. Turut hadir dalam sesi konsultasi tersebut ialah pegawai-pegawai Bahagian WTK, Wakil dari Institut Gerontologi, UPM serta Penguasa RSK Cheras. Antara agenda sesi konsultasi ini ialah Pembentangan Laporan Program Perintis oleh IG, UPM serta perbincangan dapatan, Rumusan & Halatuju Program PSH di Institusi (RSK Cheras).

Wednesday, 24 July 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2013


24 Julai 2013- Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2013 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Kekwa, Aras 11, JKMM Putrajaya di mana ia dipengerusikan oleh Encik Sharudin bin Shar Kashim (Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JKMM). Mesyuarat membincangkan mengenai perancangan serta persediaan awal bagi pelaksanaan Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2013. Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan pada tahun ini akan diadakan bertempat di Pahang.