Monday 18 November 2013

Kursus Penjagaan dan Pengendalian Warga Emas di Institusi Kebajikan



27 Oktober 2013- Bahagian WTK JKM telah mengadakan Kursus Penjagaan dan Pengendalian Warga Emas di Institusi Kebajikan. Kursus tersebut telah diadakan bertempat di Kuala Terengganu, Terengganu dimana seramai 25 orang peserta terlibat yang melibatkan Penguasa Institusi Warga Emas, Timbalan Penguasa, Pembantu Kebajikan Kanan dan Pembantu Kebajikan Masyarakat Institusi serta Pembantu Perawatan Kesihatan. Kursus yang telah diadakan selama 5 hari 4 malam ini menekankan pelbagai aspek yang melibatkan pengurusan warga emas di dalam dan luar institusi. Ia bertujuan memberi pendedahan bagi pengiktirafan kemahiran kakitangan dalam menguruskan warga emas melalui NOSS bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kelak. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JKM iaitu Encik Sharudin bin Shar Kashim telah merasmikan Majlis Penutupan Kursus tersebut. Turut hadir pada majlis penutup tersebut ialah Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga, JKM (Encik Roslan bin Baba) serta Pengarah JKMN Terengganu (Encik Zuhami bin Omar).