Sunday 12 August 2012

Mesyuarat Bagi Persiapan Sambutan Hari Warga Emas 2012

06 Ogos 2012- Mesyuarat Sempena Bulan Sambutan Hari Warga Emas 2012 telah diadakan yang melibatkan penyelaras-penyelaras WTK Negeri bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Bahagian WTK JKMM. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian iaitu Encik Roslan bin Baba. Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Noor Chik (Pengarah JKMN Kelantan). Mesyuarat membincangkan mengenai perancangan aktiviti/program yang dicadangkan bersempena Bulan Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan pada tahun ini termasuk sambutan di peringkat negeri.

Wednesday 8 August 2012

Program Singgah Sahur TV3 di RSK Kangar


01 Ogos 2012- Sistem Televisyen TV3 telah mengadakan Program Singgah Sahur 2012 bertempat di Rumah Seri Kenangan (RSK) Kangar, Perlis. Program tersebut bermula pada jam 3.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 pagi. Di samping aktiviti bersahur bersama warga emas, juga diselitkan aktiviti sambutan Harijadi warga emas serta beramah mesra selebriti TV3 bersama warga emas RSK Kangar dan juga penyampaian cenderahati TV3 kepada warga emas.Pengarah Bahagian WTK JKMM(Encik Roslan Baba) turut hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Taklimat DWEN di Negeri Perak

31 Julai 2012- Bahagian WTK JKMM telah hadir ke Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Perak bagi memberikan Taklimat berkenaan Dasar Warga Emas Negara (DWEN). Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak. Taklimat DWEN disampaikan oleh Pn Noraziah Chemok Ali (Ketua Penolong Pengarah WTK JKMM).

Thursday 19 July 2012

Mesyuarat Penubuhan RSK Komuniti di JKMN Johor


18 Julai 2012 (Rabu)- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Mesyuarat Bagi Penubuhan RSK Komuniti di JKMN Johor yang dipengerusikan bersama oleh Pengarah WTK dan Pengarah JKMN Johor. Penubuhan RSK Komuniti di Negeri Johor ini akan menjadi program perintis RSK Komuniti pada tahun ini sebelum ianya dilaksanakan di Negeri-Negeri lain dalam tempoh RMK-10. Ia akan diwujudkan di Daerah Kempas berdekatan Asrama Akhlak Kempas, Johor yang akan diuruskan oleh Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang dipilih dan akan diselia oleh PKMD Johor Bahru kelak. Turut juga diadakan lawatan tapak bagi cadangan tempat penubuhan RSK Komuniti nanti.

Perbincangan Bersama PEMANDU, Jabatan Perdana Menteri (JPM)


12 Julai 2012(Khamis)-Bahagian WTK telah mengadakan perbincangan bersama Performance Management And Delivery Unit (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri berkaitan Pengurusan Warga Emas di institusi WTK dan perkara berkaitan warga emas.Perbincangan ini dipengerusikan oleh Pengarah WTK (Encik Roslan Baba). Manakala wakil PEMANDU yang hadir ialah Encik Fabian Bigar (Associate Director, NKEA) dan Cik Sharifah Diana Shima Syed Badrol (Analyst, NKEA).

Thursday 5 July 2012

Lawatan Kerja Ke Institusi JKMM


5 Julai 2012- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan lawatan kerja ke 3 buah institusi bersama wakil Kementerian Kesihatan, Jabatan OKU, Malaysian Mental Health Association (MMHA) dan Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia. Lawatan ke Desa Bina Diri Jerantut (27 Jun 2012), Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu (3 Julai 2012) dan Rumah Seri Kenangan Seremban (5 Julai 2012) adalah bertujuan untuk menganalisis atau memantau situasi bagi cadangan penjagaan pesakit mental oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).  Bahagian WTK diwakili oleh Encik Roslan bin Baba (Pengarah WTK), Puan Mazura Ngah Abdul Manan (KPPK WTK) dan Cik Jaidah Marbawi (PPK WTK).

Monday 2 July 2012

Mesyuarat Biro Pembangunan Sosial di Bawah JKKSR 2012


28 Jun 2012- Bahagian WTK telah mengadakan mesyuarat Biro Pembangunan Sosial di Bawah Jawatan Kuasa Kecil Sosial dan Rekreasi (JKKSR) pada jam 2.30 petang dan bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Bahagian WTK di mana ia dipengerusikan oleh Pengarah WTK iaitu Encik Roslan bin Baba. Mesyuarat ini membincangkan mengenai perkembangan Biro ini serta perancangan program-program yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Turut hadir ke mesyuarat ini ialah Wakil-wakil dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, DBKL, Institut Gerontologi UPM, Persatuan USIAMAS, PRO JKM serta wakil dari Bahagian-Bahagian JKMM.

Perbincangan Pemurnian Sambutan Hari Warga Emas 2012

28 Jun 2012- Bahagian WTK telah mengadakan Perbincangan Dalaman Bahagian WTK iaitu Perbincangan Pemurnian Kertas Cadangan Program Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan Tahun 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Aras 11, Bahagian WTK JKMM.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah WTK iaitu Encik Roslan bin Baba. Mesyuarat ini membincangkan mengenai Post-Mortem Sambutan Hari Warga Emas Tahun lepas (2011) dan perancangan serta persediaan bagi mengadakan Program Sambutan Hari Warga Emas pada tahun ini.

Kursus Pengurusan Desa Bina Diri di Miri, Sarawak


11 Jun 2012- Bahagian WTK JKMM dengan kerjasama JKMN Sarawak telah mengadakan Kursus Pengurusan Desa Bina Diri (DBD) di Bawah Akta Orang-Orang Papa 1977 selama 4 hari (11hb-14hb Jun 2012)bertempat di Sekolah Tunas Bakti (Perempuan) Miri Sarawak. Seramai 32 orang peserta yang mengikuti kursus ini yang terdiri dari kakitangan JKMN, PKMB Miri, STB (P) Miri, RSK Sibu dan RSK Kuching. Kursus ini diadakan sebagai persediaan awal kepada kakitangan JKMN Sarawak, khususnya kakitangan STB(P) Miri  kerana institusi ini akan bertukar skop menjadi DBD Miri kelak. Penceramah jemputan ialah Encik Shahrin Nizar Azudin (Penguasa RSK Bedong, Kedah) dan Encik Zamzuri bin Mohamed (Penolong Pengarah JKMN Melaka).

Monday 4 June 2012

Program KAR1SMA Warga Emas Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia





28 Mei 2012- Program KAR1SMA Warga Emas Bersama YAB Perdana Menteri telah diadakan bertempat di Rumah Sejahtera Seri Kembangan, Selangor. Program ini memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk beramah mesra bersama warga emas dari Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan dan Pusat Aktiviti Warga Emas seluruh Malaysia. Masyarakat berketurunan Orang asli dari kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut dijemputkan bagi memeriahkan program tersebut. Pada program ini juga Perdana Menteri turut dapat makan tengahari dan beramah mesra bersama-sama warga emas dari pelbagai kaum dan latar belakang seperti kaum Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asli.Tetamu yang hadir dianggarkan seramai hampir 2,000 orang.

Sunday 3 June 2012

Raptai Program KAR1SMA Warga Emas Bersama YAB Perdana Menteri


27 Mei 2012- Raptai Program KAR1SMA Warga Emas Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia (Dato' Seri Mohd Najib Tun Abduk Razak) telah diadakan bertempat di Rumah Sejahtera Seri Kembangan, Selangor. Timbalan Menteri KPWKM iaitu YB Senator Datuk Heng Seai Kie turut hadir bagi menjayakan raptai tersebut. Turut sama hadir ke raptai tersebut ialah Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia (Tuan Haji Hadzir bin Md Zain), Pengarah WTK, Pengarah Bahagian lain,Pegawai-pegawai WTK serta Pegawai Kanan Bahagian lain yang turut sama membantu menjayakan raptai ini.

Thursday 17 May 2012

18 Mei 2012- Bahagian WTK telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program KAR1SMA Warga Emas Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Aras 11, JKMM, Putrajaya (8.30 pagi). Program tersebut akan diadakan pada 28 Mei 2012 bertempat di Rumah Sejahtera, Seri Kembangan, Selangor dengan anggaran peserta seramai 1,000 orang warga emas dari pelbagai latar belakang. Program tersebut memberi penekanan kepada Majlis Beramah Mesra YAB PM bersama warga emas.

Sunday 6 May 2012

Pembentangan Taklimat DWEN di Kelantan

30 April 2012- Bahagian WTK telah menyampaikan Taklimat Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara kepada Ahli Majlis Tindakan Negeri Kelantan bertempat di Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan. Taklimat tersebut disampaikan oleh Puan Noraziah binti Chemok Ali (Ketua Penolong Pengarah WTK). Mesyuarat dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Pengarah JKMN Kelantan iaitu Encik Md Noor bin Chik.

Thursday 12 April 2012

Retreat / Mesyuarat Penyelaras Negeri Dan Ketua Institusi WTK JKMM



27hb- Retreat serta Mesyuarat WTK Bil 1/2012 telah diadakan selama 4 hari bertempat di Shah Beach Resort, Melaka. Antara pengisian program adalah Taklimat Perancangan Strategik serta Hala Tuju WTK Tahun 2012 oleh Pengarah WTK iaitu Encik Roslan bin Baba Selain itu, turut diadakan sesi pembentangan mengenai topik Edible Garden, Kafe Institusi, Satu Institusi Satu Produk serta Akta Keganasan Rumah Tangga. Turut juga diadakan bengkel secara berkumpulan yang membincangkan mengenai Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) serta Program-Program dibawah Dasar Warga Emas Negara (DWEN). Selain itu, mesyuarat pula membincangkan mengenai pengurusan institusi serta perkara-perkara yang melibatkan penglibatan penyelaras WTK Negeri seperti Kes kemasukan Warga Emas dan Orang Papa ke institusi dan sebagainya.

Tuesday 27 March 2012

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras & Penasihat Program 'Home Help' Bil 1/2012


26 Mac 2012- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan  Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras & Penasihat Program 'Home Help' Bil 1/2012 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Aras 11, KPWKM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JKM iaitu Tuan Haji Hadzir bin Md Zain. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan),Wakil Bahagian Dasar KPWKM, Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Gerontologi Malaysia (GeM), MPKSM, Persatuan USIAMAS, MAKPEM, PBSM, JKMN Selangor dan JKMN Negeri Sembilan.

Thursday 8 March 2012

Taklimat/Perbincangan Bahagian WTK Bersama Wakil JICA Dari Jepun


08 Mac 2012- Bahagian WTK JKM telah mengadakan taklimat serta perbincangan bersama wakil JICA dari Jepun berkaitan Kajian Polisi Kebajikan Sosial dan Perlindungan Sosial di Malaysia. Taklimat disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah WTK iaitu Puan Noraziah binti Chemok Ali. Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan WTK iaitu Puan Ruhaini binti Hj Zawawi dan Puan Mazura binti Ngah Abdul Manan. Manakala JICA diwakili oleh Encik Reisuke Iwana dan Cik Suie Morishita. Di antara perkara dibincangkan adalah berkaitan Skim dan program untuk warga emas,jenis kemudahan serta fungsinya bagi tempoh jangka panjang dan kerjasama dengan organisasi antarabangsa serta perkara berkaitan pengurusan warga emas di Malaysia.

Tuesday 6 March 2012

PROGRAM KARISMA NGO BERSAMA PERDANA MENTERI MALAYSIA


04 Mac 2012- KPWKM telah mengadakan Program Karisma NGO bersama Perdana Menteri Malaysia bertempat di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Program dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia (Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak). Seramai 5 orang pegawai Bahagian WTK terlibat sebagai Urusetia di dalam program tersebut. Pelbagai pengisian yang diselitkan seperti program beramah mesra bersama NGO, Pendaftaran dan Dokumentasi NGO, Latihan dan Pembangunan Kapasiti NGO, Matching Activities, Pendaftaran Permohonan Geran, Pendaftaran Sukarelawan, Klinik NGO dan lain lain.

Bengkel 'Working Together Document' Bagi Akta Keganasan Rumah Tangga 1994


28 Februari 2012- Bahagian WTK menganjurkan Bengkel Pemurnian 'Working Together Document' bagi Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) selama satu hari (8.30 pagi- 5.00 ptg)bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Aras 11, Bahagian WTK JKMM. Antara yang hadir ialah wakil Bahagian Dasar KPWKM, PUU KPWKM, Wakil Mahkamah Persekutuan Malaysia, Wakil LPPKN, Wakil JPW, Wakil PDRM, JAKIM, Wakil Bahagian JKMM dan PKMD berkaitan. Bengkel ini bertujuan menyemak dan mengemaskini dokumen kerjasama antara agensi bagi pengurusan Akta Keganasan Rumah Tangga.

Sunday 26 February 2012

Taklimat Dasar Warga Emas Negara (DWEN) Di Peringkat Negeri


23 Februari 2012- Sesi pembentangan Taklimat Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) telah disampaikan kepada Agensi-Agensi Pelaksana di Pulau Pinang di bawah anjuran JKMN Pulau Pinang. Taklimat DWEN telah dibentangkan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JKMM iaitu Encik Sharudin Bin Shar Kashim. Manakala Taklimat PTWEN pula dibentangkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian WTK JKMM iaitu Puan Noraziah bin Chemok Ali. Sebelum ini, Bahagian WTK telah mengadakan Taklimat di beberapa negeri iaitu Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Perlis, Pahang dan Sarawak.

Sunday 5 February 2012

Mesyuarat Penasihat Dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN) Bil 1/2012


14 Feb 2012- Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN) bil. 1/2012 telah diadakan dan dipengerusikan oleh Menteri KPWKM (Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil) bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 36, KPWKM, Putrajaya pada jam 2.30 petang. Mesyuarat ini membincangkan mengenai isu warga emas di Malaysia di samping memartabatkan warga emas di mata masyarakat Malaysia mengenai betapa pentingnya warga emas kepada negara. Di dalam Mesyuarat tersebut turut terdapat pengisian 2 sesi taklimat iaitu Taklimat Simpanan Persaraan 1 Malaysia oleh KWSP dan Taklimat Indeks Kesejahteraan Warga Emas : Penanda Aras Pencapaian Dasar Warga Emas Malaysia oleh Prof. Dr. Tengku Aizan binti Hamid (Institut Gerontologi, UPM).

Thursday 26 January 2012

Pembentangan Cadangan Membina Pusat Jagaan Psikiatri di Lembah Kelang


31 Januari 2012- Advanced Community Care Link Sdn. Bhd. (ACCL) telah mengadakan pembentangan cadangannya bagi membina Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri di Lembah Kelang yang akan menempatkan seramai 100 orang pesakit mental. Pembentangan ini telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian WTK pada jam 10 pagi di mana ia telah turut dihadiri oleh wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Rumah Jagaan ini telah menawarkan penempatan dan perkhidmatan penjagaan serta rehabilitasi kepada pesakit mental terutama yang tidak mempunyai keluarga setelah didiscaj dari hospital.

Mesyuarat Bagi Penubuhan Anjung Singgah di Sarawak

26 Januari 2012- Mesyuarat tersebut diadakan di Sarawak pada jam 8.30 pagi. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JKMN Sarawak. Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Sarawak iaitu YB Datuk Hajjah Fatimah binti Abdullah turut hadir pada sesi petang bagi membuat rumusan hasil mesyuarat tersebut. JKMM diwakili oleh Pengarah Bahagian WTK (Encik Roslan bin Baba), Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan (Encik Mohd Fazari bin Mohd Salleh) dan beberapa pegawai kanan Bahagian WTK. Bahagian WTK menyampaikan taklimat berkenaan Dasar Warga Emas Negara (DWEN). Turut hadir juga ialah Ketua Eksekutif YKN iaitu Dato' Sayed Abd Rahman bin Sayed Mohd yang turut memberi taklimat berkaitan Anjung Singgah.

Tuesday 24 January 2012

Perbincangan Bersama Persatuan Kebajikan USIAMAS Malaysia


17 Januari 2012- Bahagian WTK telah mengadakan perbincangan bersama Persatuan Kebajikan USIAMAS Malaysia bagi perancangan dan pelaksanaan serta perluasan program Home Help di Malaysia pada tahun ini. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian WTK iaitu Encik Roslan bin Baba. Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Presiden Persatuan USIAMAS Malaysia iaitu Puan Jayalatchumy a/p Cumaraswamy, Naib Presidennya Datin Hajjah Norshidah binti Mohd Amin dan beberapa Ahli Jawatankuasanya.

Mesyuarat Bahagian WTK Bil 1 / 2012

17 Januari 2012- Mesyuarat  diadakan buat kali pertama bagi tahun 2012 dimana ia dipengerusikan kali pertama oleh Pengarah baru WTK iaitu Encik Roslan bin Baba. Mesyuarat membincangkan berkaitan pengurusan dan pentadbiran serta halatuju Bahagian WTK bagi tahun 2012.

Mesyuarat Penyelarasan Tugas di Anjung Singgah


10 Januari 2012- Mesyuarat Penyelarasan Tugas di Anjung Singgah telah diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian WTK, Aras 11, JKMM Putrajaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah WTK iaitu Encik Roslan bin Baba. Mesyuarat membincangkan mengenai penyelarasan semula tugas JKM bersama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Anjung Singgah. Mesyuarat turut dihadiri oleh Puan Nor Dina (Wakil YKN), Encik Mad Daros (JKMWPKL), Encik Aqlam (JKM Selangor).