Monday 18 November 2013

Kursus Penjagaan dan Pengendalian Warga Emas di Institusi Kebajikan



27 Oktober 2013- Bahagian WTK JKM telah mengadakan Kursus Penjagaan dan Pengendalian Warga Emas di Institusi Kebajikan. Kursus tersebut telah diadakan bertempat di Kuala Terengganu, Terengganu dimana seramai 25 orang peserta terlibat yang melibatkan Penguasa Institusi Warga Emas, Timbalan Penguasa, Pembantu Kebajikan Kanan dan Pembantu Kebajikan Masyarakat Institusi serta Pembantu Perawatan Kesihatan. Kursus yang telah diadakan selama 5 hari 4 malam ini menekankan pelbagai aspek yang melibatkan pengurusan warga emas di dalam dan luar institusi. Ia bertujuan memberi pendedahan bagi pengiktirafan kemahiran kakitangan dalam menguruskan warga emas melalui NOSS bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kelak. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JKM iaitu Encik Sharudin bin Shar Kashim telah merasmikan Majlis Penutupan Kursus tersebut. Turut hadir pada majlis penutup tersebut ialah Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga, JKM (Encik Roslan bin Baba) serta Pengarah JKMN Terengganu (Encik Zuhami bin Omar).

Monday 11 November 2013

Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2013






22 Oktober 2013- Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2013 telah diadakan bertempat di The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang yang melibatkan tetamu seramai hampir 2,500 orang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang (Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al'Mu'adzam Shah). Majlis turut diserikan dengan kehadiran Kaum Kerabat Diraja Pahang dan Menteri Besar Pahang serta VIP jemputan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) (Datuk Rohani Abdul Karim) turut menyampaikan ucapan aluan di dalam majlis berkenaan. Kehadiran Ketua Pengarah JKM (Dato' Norani Mohd Hashim) turut memeriahkan majlis ini. Di samping itu, seramai 6 orang warga emas telah terpilih menerima Penghargaan Warga Emas Cemerlang Kategori Akademik (3 orang) dan Kategori Kebudayaan dan Kesenian (3 orang). Ia selaras dengan tema Hari Warga Emas pada tahun ini iaitu 'Ilmu Dijunjung, Warga Emas Disanjung'. Selain itu, turut diadakan acara memotong pulut kuning oleh Tuanku Sultan Pahang sempena meraikan Majlis Harijadi Tuanku Sultan Pahang dimana turut serta seorang warga emas dari Sarawak yang lahir sama tarikh lahir dengan Tuanku Sultan Pahang. Pameran Interaktif turut diadakan bagi memeriahkan Sambutan Hari Warga Emas 2013 tersebut.

Mesyuarat Panel Pemilihan Warga Emas Cemerlang Sempena Hari Warga Emas Kebangsaan 2013



09 Oktober 2013- Mesyuarat Panel Pemilihan Warga Emas Cemerlang bagi kategori Akademik & Kategori Kesenian dan Kebudayaan telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Kekwa, Aras 11, Bahagian WTK JKM (Jam 9.00 pagi) dimana ia diurusetiakan oleh Bahagian WTK JKM. Mesyuarat Panel Pemilihan ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM iaitu Tuan Haji Zulkiply bin Ramli. Barisan panel pemilihan adalah terdiri dari wakil JKM, wakil KPWKM, wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan wakil Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN). Barisan panel dari kepelbagaian agensi ini adalah bagi memastikan ketelusan yang tinggi di dalam memilih calon yang betul-betul layak sepertimana kriteria yang telah ditetapkan. Daripada seramai 25 orang calon yang disenarai-pendekkan, seramai 6 orang warga emas dipilih iaitu 3 orang (Kategori Akademik) dan 3 orang (Kategori Kesenian & Kebudayaan).

 

Kursus Pengenalan Kepada Aspek Kebersihan, Kesihatan Dan Keselamatan di Institusi Kebajikan Warga Emas






30 September 2013- Bahagian WTK JKM telah mengadakan Kursus Pengenalan Kepada Aspek Kebersihan, Kesihatan Dan Keselamatan di Institusi Kebajikan Warga Emas. Kursus tersebut telah diadakan bertempat di Kota Bharu, Kelantan dimana seramai 25 orang peserta terlibat yang melibatkan Penguasa Institusi Warga Emas, Timbalan Penguasa, Pembantu Kebajikan Kanan dan Pembantu Kebajikan Masyarakat Institusi. Kursus yang diadakan selama 5 hari 4 malam ini menekankan pelbagai aspek yang melibatkan pengurusan warga emas di dalam dan luar institusi. Ia bertujuan memberi pendedahan bagi pengiktirafan kemahiran kakitangan dalam menguruskan warga emas melalui NOSS bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kelak. Majlis Penutup kursus dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JKM iaitu Encik Sharudin bin Shar Kashim.

 

Jamuan Raya Aidilfitri Bahagian WTK JKM 2013



05 Sept 2013- Bahagian WTK telah menganjurkan Jamuan Raya Aidilfitri Bahagian WTK dimana ia ia merupakan salah satu aktiviti atau majlis yang diadakan setiap tahun menjelang aidilfitri oleh semua bahagian JKMM. Turut hadir Pengarah-Pengarah Bahagian JKM, kakitangan bahagian JKM, Kakitangan Bahagian Dasar, KPWKM, Kakitangan DSN, Kakitangan YKN, Penguasa Institusi, Penyelaras WTK Negeri, Pengerusi dan Penyelia PAWE seluruh Malaysia dan lain-lain jemputan.