Tuesday, 15 January 2013

MESYUARAT ANTARA AGENSI JAWATANKUASA MEMBANTERAS PENGEMISAN JKMM

5 Disember 2012 - Mesyuarat Antara Agensi Jawatankuasa Membanteras Pengemisan JKMM Bil.1/2012 telah diadakan bertempat di Aras 36, KPWKM dimana ia dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JKMM iaitu Dato' Norani Haji Mohd Hashim. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan masalah atau isu pengemis di Malaysia serta cara menanganinya dengan kerjasama antara agensi kerajaan, NGO's serta masyarakat. Diantara isu pengemis yang dibincangkan adalah seperti Pengemis Tempatan, Pengemis OKU, Pengemis Kanak-Kanak,Pengemis Mental,Pengemis HIV/AIDS dan Pengemis Warga Asing.

MAJLIS PENYAMPAIAN PAKEJ KEBAJIKAN ASTRO

6 November 2012- Program penyampaian Pakej Kebajikan Astro telah diadaka bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Cheras Baru, Kuala Lumpur. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri KPWKM iaitu YB Senator Datuk Heng Seai Kie.

SAMBUTAN HARI WARGA EMAS KEBANGSAAN 2012

17 Oktober 2012- Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan telah diadakan bertempat di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. Program ini telah dihadiri oleh seramai 2000 tetamu yang terdiri dari Warga Emas, Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK), Masyarakat Orang Asli dan Persatuan Seniman Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia).

Sunday, 12 August 2012

Mesyuarat Bagi Persiapan Sambutan Hari Warga Emas 2012

06 Ogos 2012- Mesyuarat Sempena Bulan Sambutan Hari Warga Emas 2012 telah diadakan yang melibatkan penyelaras-penyelaras WTK Negeri bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Bahagian WTK JKMM. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian iaitu Encik Roslan bin Baba. Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Noor Chik (Pengarah JKMN Kelantan). Mesyuarat membincangkan mengenai perancangan aktiviti/program yang dicadangkan bersempena Bulan Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan pada tahun ini termasuk sambutan di peringkat negeri.

Wednesday, 8 August 2012

Program Singgah Sahur TV3 di RSK Kangar


01 Ogos 2012- Sistem Televisyen TV3 telah mengadakan Program Singgah Sahur 2012 bertempat di Rumah Seri Kenangan (RSK) Kangar, Perlis. Program tersebut bermula pada jam 3.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 pagi. Di samping aktiviti bersahur bersama warga emas, juga diselitkan aktiviti sambutan Harijadi warga emas serta beramah mesra selebriti TV3 bersama warga emas RSK Kangar dan juga penyampaian cenderahati TV3 kepada warga emas.Pengarah Bahagian WTK JKMM(Encik Roslan Baba) turut hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Taklimat DWEN di Negeri Perak

31 Julai 2012- Bahagian WTK JKMM telah hadir ke Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Perak bagi memberikan Taklimat berkenaan Dasar Warga Emas Negara (DWEN). Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak. Taklimat DWEN disampaikan oleh Pn Noraziah Chemok Ali (Ketua Penolong Pengarah WTK JKMM).

Thursday, 19 July 2012

Mesyuarat Penubuhan RSK Komuniti di JKMN Johor


18 Julai 2012 (Rabu)- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Mesyuarat Bagi Penubuhan RSK Komuniti di JKMN Johor yang dipengerusikan bersama oleh Pengarah WTK dan Pengarah JKMN Johor. Penubuhan RSK Komuniti di Negeri Johor ini akan menjadi program perintis RSK Komuniti pada tahun ini sebelum ianya dilaksanakan di Negeri-Negeri lain dalam tempoh RMK-10. Ia akan diwujudkan di Daerah Kempas berdekatan Asrama Akhlak Kempas, Johor yang akan diuruskan oleh Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang dipilih dan akan diselia oleh PKMD Johor Bahru kelak. Turut juga diadakan lawatan tapak bagi cadangan tempat penubuhan RSK Komuniti nanti.