Tuesday, 15 January 2013
SAMBUTAN HARI WARGA EMAS KEBANGSAAN 2012
17 Oktober 2012- Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan telah diadakan bertempat di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. Program ini telah dihadiri oleh seramai 2000 tetamu yang terdiri dari Warga Emas, Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK), Masyarakat Orang Asli dan Persatuan Seniman Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia).
Sunday, 12 August 2012
Mesyuarat Bagi Persiapan Sambutan Hari Warga Emas 2012
06 Ogos 2012- Mesyuarat Sempena Bulan Sambutan Hari Warga Emas 2012 telah diadakan yang melibatkan penyelaras-penyelaras WTK Negeri bertempat di Bilik Mesyuarat KEKWA, Bahagian WTK JKMM. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian iaitu Encik Roslan bin Baba. Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Noor Chik (Pengarah JKMN Kelantan). Mesyuarat membincangkan mengenai perancangan aktiviti/program yang dicadangkan bersempena Bulan Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan pada tahun ini termasuk sambutan di peringkat negeri.
Wednesday, 8 August 2012
Program Singgah Sahur TV3 di RSK Kangar
01 Ogos 2012- Sistem Televisyen TV3 telah mengadakan Program Singgah Sahur 2012 bertempat di Rumah Seri Kenangan (RSK) Kangar, Perlis. Program tersebut bermula pada jam 3.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 pagi. Di samping aktiviti bersahur bersama warga emas, juga diselitkan aktiviti sambutan Harijadi warga emas serta beramah mesra selebriti TV3 bersama warga emas RSK Kangar dan juga penyampaian cenderahati TV3 kepada warga emas.Pengarah Bahagian WTK JKMM(Encik Roslan Baba) turut hadir bagi memeriahkan program tersebut.
Taklimat DWEN di Negeri Perak
31 Julai 2012- Bahagian WTK JKMM telah hadir ke Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Perak bagi memberikan Taklimat berkenaan Dasar Warga Emas Negara (DWEN). Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak. Taklimat DWEN disampaikan oleh Pn Noraziah Chemok Ali (Ketua Penolong Pengarah WTK JKMM).
Thursday, 19 July 2012
Mesyuarat Penubuhan RSK Komuniti di JKMN Johor
18 Julai 2012 (Rabu)- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan Mesyuarat Bagi Penubuhan RSK Komuniti di JKMN Johor yang dipengerusikan bersama oleh Pengarah WTK dan Pengarah JKMN Johor. Penubuhan RSK Komuniti di Negeri Johor ini akan menjadi program perintis RSK Komuniti pada tahun ini sebelum ianya dilaksanakan di Negeri-Negeri lain dalam tempoh RMK-10. Ia akan diwujudkan di Daerah Kempas berdekatan Asrama Akhlak Kempas, Johor yang akan diuruskan oleh Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang dipilih dan akan diselia oleh PKMD Johor Bahru kelak. Turut juga diadakan lawatan tapak bagi cadangan tempat penubuhan RSK Komuniti nanti.
Perbincangan Bersama PEMANDU, Jabatan Perdana Menteri (JPM)
12 Julai 2012(Khamis)-Bahagian WTK telah mengadakan perbincangan bersama Performance Management And Delivery Unit (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri berkaitan Pengurusan Warga Emas di institusi WTK dan perkara berkaitan warga emas.Perbincangan ini dipengerusikan oleh Pengarah WTK (Encik Roslan Baba). Manakala wakil PEMANDU yang hadir ialah Encik Fabian Bigar (Associate Director, NKEA) dan Cik Sharifah Diana Shima Syed Badrol (Analyst, NKEA).
Thursday, 5 July 2012
Lawatan Kerja Ke Institusi JKMM
5 Julai 2012- Bahagian WTK JKMM telah mengadakan lawatan kerja ke 3 buah institusi bersama wakil Kementerian Kesihatan, Jabatan OKU, Malaysian Mental Health Association (MMHA) dan Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia. Lawatan ke Desa Bina Diri Jerantut (27 Jun 2012), Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu (3 Julai 2012) dan Rumah Seri Kenangan Seremban (5 Julai 2012) adalah bertujuan untuk menganalisis atau memantau situasi bagi cadangan penjagaan pesakit mental oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Bahagian WTK diwakili oleh Encik Roslan bin Baba (Pengarah WTK), Puan Mazura Ngah Abdul Manan (KPPK WTK) dan Cik Jaidah Marbawi (PPK WTK).
Subscribe to:
Posts (Atom)







